Finally find a BM dictionary: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dahaga&id=+Cari
Simpulan Bahasa:(ms 135)
Akal belut:
Maksud: tipu muslihat yang sangat licin
Ayat: Peniaga itu menggunakan akal belut supaya barangnya laris dijual.
Alang kepalang:
Maksud: sedikit, tidak cukup
Ayat: Rendang yang dimasak oleh ibu itu alang kepalang untuk diberikan kepada jiran sebelah.
Anak gahara:
Maksud: anak raja daripada permaisuri
Ayat: Raja Husin tidak ditabalkan menjadi sultan menggantikan ayahanda baginda kerana baginda bukan anak gahara.
Asam garam:
Maksud: pengalaman hidup
Ayat: Seharusnya nasihat orang tua-tua harus kita dengar kerana mereka menempuh pelbagai asam garam dalam hidup mereka.
Batu loncatan:
Maksud: sesuatu yang digunakan untuk mencapai sesuatu tujuan
Ayat: Dia telah menggunakan pengaruh pak ciknya sebagai batu loncatan untuk memperoleh jawatan itu.
Beralih angin:
Maksud: bertukar tempat;ke sesuatu tempat untuk rehat.
Ayat: Setelah lama tinggal di bandar, kini dia beralih angin untuk tinggal di kampung pula.
Bergadai nyawa:
Maksud: sanggup membahayakan diri sendiri demi mencapai sesuatu
Ayat: Pak Tua sanggup bergadai nyawa untuk menyelamatkan cucunya yang terkapai-kapai dibawa arus.
Berhati batu:
Maksud: bersifat degil; tidak berasa kasihan
Ayat: Sungguh berhati batu budak itu. Meskipun berkali-kali ditegur, namun dia masih tidak mahu mendengar kata abangnya itu.
Bermuka dua:
Maksud: tidak jujur; belot
Ayat: Pemuda yang bermuka dua itu jangan dipercayai kata-katanya.
Bertikam lidah:
Maksud: bertengkar; berdebat
Ayat: Ketiga-tiga adik beradik itu bertikam lidah berebutkan tanah pusaka yang sekangkang kera itu.
Buah mulut:
Maksud: pekara yang menjadi sebut-sebutan orang
Ayat: Berita tentang anak Dr.Manjit yang ditangkap oleh polis telah menjadi buah mulut penduduk di tamannya.
Bulat hati:
Maksud: ikhlas; tetap hati dan sungguh-sungguh
Ayat: Mereka berempat bulat hati untuk mendaki gunung itu sehingga puncaknya.
Buruk siku:
Maksud: meminta kembali apa-apa yang telah diberikan
Ayat: Jamal yang buruk siku meminta kembali jam tangan yang diberikan kepada adiknya.
Buta hati:
Maksud: tidak dapat menerima pengajaran orang; tidak berasa kasihan
Ayat: Sungguh buta hati penumpang muda itu kerana sanggup berebut tempat duduk dengan perempuan yang mengandung.
Campur tangan:
Maksud: turut serta dalam urusan orang lain
Ayat: Janganlah kamu campur tangan dalam masalah mereka. Biarlah mereka menyelesaikan masalah sendiri.
Cepat tangan:
Maksud: suka mencuri
Ayat: Sikap Asrul yang cepat tangan itu menyebabkan gerak-gerinya sentiasa diperhatikan oleh kawan-kawannya.
Dalam tangan:
Maksud: pasti diperoleh
Ayat: Kerana berpuas hati dengan temu duga yang dihadapinya, Akmal yakin bahawa jawatan yang dipohonnya itu akan berada dalam tangannya.
Darah daging:
Maksud: anak kandung
Ayat: Walaupun dia cacat, saya tidak akan mengabaikannya kerana dia darah daging saya.
Daya fikir:
Maksud: kekuatan berfikir
Ayat: Ali dikagumi oleh pelajar lain di sekolahnya kerana dia mempunyai daya fikir yang baik.
No comments:
Post a Comment