Thursday, May 12, 2011

Peperiksaan BM (Novel)

Novel Interlok

(1 tema 1 contoh)
Tema dalam novel Interlok ialah penghijrahan untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik. Seman telah berhijrah dari kampungnya untuk memulakan hidup baru. Begitu juga halnya dengan watak-watak lain seperti Kim Lock dan Maniam yang sanggup meninggalkan tanah air mereka demi mencari kehidupan yang lebih baik.


(2 persoalan 4 contoh)

1) Persahabatan tanpa mengira bangsa
a) Yew Seng tetap berkawan dengan Lazim walaupun persahabatannya itu mendapat bantahan daripada bapanya.
b) Mengenangkan persahabatan dengan Musa dahulu, Maniam menolong Seman mendapatkan pekerjaan di kebun getah.

2) Perjuangan untuk membebaskan negara daripada penjajah.
a) Lazim telah mengetuai orang-orang Melayu menentang Malayan Union.
b) Yew Seng telah menyertai gerila komunis untuk menentang Jepun.

No comments:

Post a Comment